Assalamualaikum ! Selamat datang ke blog Persatuan Kadet Bomba SMKDABB . Kalau sudi tekan la butan follow :) dan datang lagi ! PON ! PON ! tumpang lalu ~

Tuesday, July 27, 2010

Pakaian Bomba




Fungsi Bomba



Fungsi-fungsi utama jabatan adalah mengikut peruntukan di dalam Akta Perkhidmatan Bomba 1988 (Akta 341).

Ke Arah Sebuah Organisasi Kebombaan Dan Penyelamatan Bertaraf Dunia

Menyediakan langkah dan tatacara bagi:
- Memadam / menentang / mencegah kebakaran; Melindungi mengawal kebakaran;
- Melindungi nyawa dan harta benda.

Melaksanakan tatacara penyiasatan tentang sebab, punca dan hal kebakaran.

Menggubal tatacara perlaksanaan khidmat kemanusiaan.

Menyediakan garis panduan dan tatacara pengurusan balai-balai bomba.

Memberi input dan data-data kepada Ibu Pejabat dalam hal penggubalan dasar dan operasi melawan kebakaran.

Mengawalselia penubuhan, pentadbiran dan disiplin Pasukan Bomba Bantuan dan Bomba Sukarela.

JBPM boleh selain daripada tugas-tugasnya dibawah subsekyen (1)melaksanakan apa-apa tugas lain yang dipertanggungjawabkan kepadanya oleh undang-undang atau sebaliknya yang 

diadakan oleh menteri untuk dilaksanakan.

Piagam Pelanggan



1. Komitmen kami kepada masyarakat adalah memberikan khidmat kebombaan yang profesional dan berkesan.

2. Kami berjanji sentiasa bersedia memberi khidmat kemanusiaan.

3. Kami berjanji untuk mempastikan dan menentukan aspek-aspek keselamatan dan pencegahan kebakaran di bangunan-bangunan sentiasa mematuhi peraturan dan undang-undang.

4. Kami berjanji sentiasa berusaha untuk memberi kesedaran mengenai keselamatan dan pencegahan kebakaran kepada orang ramai dengan efektif.

Etika Bomba



Berkhidmat untuk negara kerana Allah

Sentiasa berkhidmat untuk faedah masyarakat

Taat dan setia, cekal dan sabar

Bekerja dengan dedikasi, cekap dan berdisiplin

Siap sedia setiap masa

Seerat serasa sehati sejiwa

Monday, July 26, 2010

Objektif Bomba

Untuk memberi khidmat pencegahan dan pemadaman kebakaran, menguatkuasakan peruntukan undang-undang yang berkaitan dengan aspek keselamatan dan memadam kebakaran serta menyediakan khidmat kemanusiaan yang cekap dan berkesan.
Objektif Kualiti Bomba 
Dari segi kualiti jabatan bertekad untuk cermelang melalui
inovasi dan kualiti MS ISO 9000.


Sunday, July 25, 2010

Garis Panduan Kadet Bomba



OBJEKTIF
Memastikan penubuhan perlaksanaan aktiviti Kadet Bomba mengikut peraturan yang telah 
ditetapkan.

SKOP
Skop perlaksanaan Pengurusan Kurikulum Pasukan Kadet Bomba Dan Penyelamat Malaysia meliputi sekolah-sekolah menengah di seluruh Malaysia.

DEFINISI PASUKAN KADET BOMBA
Pasukan di sekolah dan telah berdaftar mengikut Buku Garis Panduan Pengurusan Dan Latihan Pasukan Kadet Bomba dan Penyelamat Malaysia.

AHLI KADET BOMBA
Murid-murid sekolah berkenaan yang mengikut Pasukan Kadet Bomba mengikut Buku Garis Panduan Dan Latihan Pasukan Kadet Bomba Dan Penyelamat Malaysia.

JURULATIH KADET BOMBA
Pegawai atau anggota yang dilantik untuk jurulatih dan penolong jurulatih untuk melaksanakan latihan.

GURU KADET BOMBA
Guru yang dilantik oleh sekolah yang bertanggungjawab menyelaraskan aktiviti pasukan kadet.

Friday, July 23, 2010

Logo Kadet Bomba


LOGO KADET BOMBA


  • Bahagian atas logo Jabatan bomba dan Penyelamat, Malaysia terdapat bentuk bulan sabit dan bintang yang membawa makna bahawa nilai-nilai Islam dan nilai-nilai murni diserapkan ke dalam budaya kerja Jabatan Bomba dan Penyelamat, Malaysia.
  • Topi keledar dan kapak bersilang bermaksud keselamatan kepada personel Jabatan yang memberikan perkhidmatan secara profesional.
  • Bunga padi melambangkan kuasa untuk melaksanakan Akta Perkhidmatan Bomba 1988 (Akta 341) dan juga kemakmuran negara.
  • Warna merah melambangkan semangat keberanian yang tinggi, warna kuning melambangkan jabatan menawarkan perkhidmatan yang berkualiti kepada pelanggan dan warna biru melambangkan air yang digunakan sebagai media utama pemadaman kebakaran.

Bendera Bomba




BENDERA BOMBA

  • Bendera Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia terbahagi kepada dua bahagian, tiga segi warna merah dengan logo Jabatan, jalur kuning, dan jalur biru dalam satu tiga segi yang lain-lain.
  • Warna merah melambangkan semangat berani yang tinggi di kalangan anggota bomba dalam menjalankan tugas operasi kebombaan dan penyelamatan untuk bangsa dan negara.
  • 15 jalur kuning dan biru membawa maksud terdapat 15 buah Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri-negeri.
  • Jalur warna kuning bermaksud Jabatan menawarkan perkhidmatan yang berkualiti kepada pelanggan dan stake holders ke arah perkhidmatan bertaraf dunia dan mencerminkan kesetiaan kepada Raja dan Negara.
  • Jalur warna biru melambangkan air yang digunakan sebagai media utama pemadaman kebakaran dan menitikberatkan kebersihan alam sekitar semasa menjalankan operasi kecemasan.

Thursday, July 22, 2010

Lagu Kadet Bomba



Kadet Bomba bersatu
Sama berganding bahu
Pemuda pemudi harapan
Tiang negara

Jiwa raga yang murni
Tanggungjawab membantu
Di mana jua
Tetap bersedia
Menimba ilmu jaya

Demi masa hadapan
Berwawasan matlamatnya
Pastikan berjaya
Kadet bomba bersatu
Bersemangat membara
Cita-cita tersemat luhur

Gigih berusaha
Ikrar kami sahutlah
Berani beretika
Harumkan nama
Malaysia jaya ( 2X )


Wednesday, July 21, 2010

Visi dan Misi



VISI
"Menjadi sebuah organisasi kebombaan dan penyelamatan yang bertaraf antarabangsa."

MISI
"Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia komited
untuk memberi perkhidmatan kebombaan dan penyelamatan yang profesional
bagi menyelamatkan nyawa, harta benda dan alam sekitar
dengan menggunakan sumber secara berkesan dan teknologi terkini."


Sejarah Kadet Bomba


Penubuhan Kadet Bomba bermula apabila Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Seremban membuat permohonan untuk menubuhkan persatuan tersebut di maktab tersebut. Majlis pelancaran penubuhan Persatuan Kadet Bomba maktab tersebut telah di rasmikan oleh Ketua Pengarah Jabatan Bomba Negeri Sembilan dan telah di hadiri oleh pegawai kanan dari Ibu Pejabat Bomba dan Jabatan Bomba Negeri Sembilan. Majlis gilang gemilang tersebut berlangsung di maktab tersebut pada 14 Mei 1984.

Motto Pasukan Kadet Bomba ialah ‘Berkhidmat Untuk Menyelamat’ yang mana ianya selaras dengan tujuan penubuhannya. Pelajar di beri latihan dan didikan kaedah penyelamat bukan sahaja ketika menghadapi kebakaran tetapi juga ketika menghadapi kecemasan yang lain. Berfalsafahkan tujuan untuk membina insan yang mempunyai sahsiah yang seimbang dari segi intelek, emosi, rohani dan fizikal, persatuan ini ternyata menarik minat ramai pelajar menyertainya. Matlamat utama penubuhan persatuan kadet bomba ialah membentuk pelajar yang peka terhadap isu-isu semasa, keselamatan dan kemanusiaan.

Dengan menyertai persatuan kadet bomba pelajar akan dapat menimba pengetahuan asas dalam bidang teori dan praktikal bantuan kebombaan, berkongsi kesefahaman dan meningkatkan kemahiran dalam menjalankan tugas dan memberi kesedaran kepada sekolah dan masyarakat secara umumnya tentang bahaya kebakaran dan kecuaian manusia.

Ikrar Bomba



Bahawa kami, pegawai-pegawa Bomba dan Penyelamat: 

Menyedari tanggungjawab pada Negara, Bangsa dan Agama.

Berpegang teguh kepada Teras Perkhidmatan Cemerlang.

Bekerja dengan ikhlas, penuh tanggungjawabdan beramanah.

Tidak akan menggunakan kedudukan jawatan untuk kepentingan diri.

Berkhidmat dengan penuh muhibbah dan kemesraan

Demi,

Meninggikan disiplin, produktiviti dan kualiti perkhidmatan awam.


Tuesday, July 20, 2010

Maklumat















Aktiviti

Februari = Kawad Hos Bomba 


 Mac = Mengecat Laluan Kebakaran / Kecemasan


April = Demonstrasi Memadam Kebakaran


Jun = Lawatan ke Balai Bomba 


Julai = Perbarisan Sempena Hari Sukan Sekolah 


September = Penilaian Kendiri Ahli Kadet Bomba 


Oktober = Pemberian Markah Ko-ku kepada Ahli

Saturday, July 17, 2010

Selamat datang ke blog Bomba SMKDABB

Assalamualaikum wbt,

Semoga blog ini dapat memberi manfaat kepada semua.