BENDERA BOMBA
- Bendera Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia terbahagi kepada dua bahagian, tiga segi warna merah dengan logo Jabatan, jalur kuning, dan jalur biru dalam satu tiga segi yang lain-lain.
- Warna merah melambangkan semangat berani yang tinggi di kalangan anggota bomba dalam menjalankan tugas operasi kebombaan dan penyelamatan untuk bangsa dan negara.
- 15 jalur kuning dan biru membawa maksud terdapat 15 buah Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri-negeri.
- Jalur warna kuning bermaksud Jabatan menawarkan perkhidmatan yang berkualiti kepada pelanggan dan stake holders ke arah perkhidmatan bertaraf dunia dan mencerminkan kesetiaan kepada Raja dan Negara.
- Jalur warna biru melambangkan air yang digunakan sebagai media utama pemadaman kebakaran dan menitikberatkan kebersihan alam sekitar semasa menjalankan operasi kecemasan.
No comments:
Post a Comment